Masa Itu Emas

Ulti Clocks content

LAIN-LAIN

Ranking

Chat

Blog Panitia

Akhbar Tempatan

Sekolah bestari

Tahniah dan Syabas!!!

Sekolah bestari Sekolah bestari

MBMMBI

Ke arah pendidikan terbilang

MBMMBI MBMMBI

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Nelayan Resort Rhu Sepuluh

Kem Kecemerlangan UPSR 2010 Kem Kecemerlangan UPSR 2010
PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Guru Besar   
Rabu, 23 Julai 2008 17:12

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Salam pertama dari saya.

Syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih berupaya untuk bekerja dan bersemangat untuk mendidik. Kita seharusnya berlebih-lebih syukur kerana kita dipilih untuk untuk menjadi seorang cikgu. Satu profesion yang sememangnya kita dianugerahkan terus dengan panggilan keramat "CIKGU". Setiap hari kita akan dipanggil “cikgu”, oleh murid-murid, ibu bapa, rakan-rakan serta mereka yang berada di sekitar kita. Malah orang-orang yang pertama kali kita jumpa pun berupaya untuk meneka bahawa kita ini adalah seorang cikgu.

Begitulah, dengan kemuliaan sebagai pendidik, seharusnya kita mempunyai jiwa yang besar. Dengan tugas berat yang banyak kena kita tanggung, sayugialah kita terus terusan melaksanakannya dengan penuh redha, tekun, cekal dan tekal.

Bayangkan, berapa orang doktor, jurutera, angkawasan, usahawan, saintis, tok imam, tok kadhi dan sebagainya yang akan kita lahirkan sepanjang kita berprofesion sebagai cikgu. Kalau betul sentuhan kita, moleklah jadinya. Kalau silap ajaran kita, rumitlah akhirnya.

Selami diri dan jadilah guru yang sentiasa lebih baik pada hari-hari seterusnya.

 

Cikgu-cikgu SK Sungai Tong;

thank you for being my friends.

“Teaching is the profession that teaches all the other professions”.

LAST_UPDATED2