Masa Itu Emas

Ulti Clocks content

LAIN-LAIN

Ranking

Chat

Blog Panitia

Akhbar Tempatan

Sekolah bestari

Tahniah dan Syabas!!!

Sekolah bestari Sekolah bestari

MBMMBI

Ke arah pendidikan terbilang

MBMMBI MBMMBI

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Nelayan Resort Rhu Sepuluh

Kem Kecemerlangan UPSR 2010 Kem Kecemerlangan UPSR 2010
PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 05 April 2010 16:31


1 APRIL 2010 - Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah mula mengisi rekod kehadiran secara online apabila menggunakan Sistem Rekod Kehadiran secara rasminya pada 1 April 2010. Sistem yang dibina sendiri oleh seorang guru ICT sekolah ini dengan bantuan dan cadangan daripada beberapa guru termasuk pihak pengurusan sekolah ini telah menunjukkan maklumbalas yang positif dari warga sekolah setelah 3 hari penggunaan.


Sistem yang digunakan oleh seluruh warga sekolah termasuk guru-guru KAFA dan pekerja swasta ini telah memberi lebih keselesaan kepada pengguna selain sistem perekodan dan laporan yang tersusun kemas dan rapi. Mengikut seorang pekerja swasta, sistem ini telah memberi pendedahan kepadanya tentang penggunaan komputer yang tidak pernah diimpikan untuk menyentuhnya.

Pihak pengurusan sekolah berharap agar sistem ini dan beberapa sistem yang sedia ada akan diguna sebaik mungkin oleh seluruh warga sekolah memandangkan sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar.



 

LAST_UPDATED2