Ahad,16 Mei 2010- Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis dimulai dengan perhimpunan pagi.Pembacaan perutusan Pengarah Pelajaran Terengganu oleh GPK HEM, diikuti dengan peruntusan KPPM oleh GPK 1 dan Menteri Pelajaran oleh Tn Guru Besar.Seterusnya nyanyian lagu wajib; Kami Guru Malaysia dan diikuti lagu Tema Guru Pembina Negara Bangsa oleh guru-guru SOKESTO.
12 APRIL 2010 - Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Setiu Timur telah diadakan pada 11 - 12 April di SK Seri Langkap dan SK Sungai Tong bermula pada pukul 2.30 petang.Kejohanan melibatkan 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun itu berlangsung dengan lancar pada peringkat kumpulan pada hari pertama dan peringkat akhir pada hari kedua.
6 APRIL 2010 - Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Zon Setiu Timur telah diadakan di SK Sungai Tong pada hari ini bermula jam 12.00. Semua sekolah dari zon Setiu Timur telah menghantar peserta masing-masing untuk mewakili acara-acara yang dipertandingkan.
1 APRIL 2010 - Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah mula mengisi rekod kehadiran secara online apabila menggunakan Sistem Rekod Kehadiran secara rasminya pada 1 April 2010. Sistem yang dibina sendiri oleh seorang guru ICT sekolah ini dengan bantuan dan cadangan daripada beberapa guru termasuk pihak pengurusan sekolah ini telah menunjukkan maklumbalas yang positif dari warga sekolah setelah 3 hari penggunaan.
1 APRIL 2010 - Pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Majlis Solat Hajat UPSR untuk kali pertama sesi 2010. Majlis yang telah dihadiri oleh hampir semua ibu bapa dan penjaga calon UPSR ini telah diadakan di surau sekolah. Solat hajat telah diimamkan oleh Tuan Imam Masjid Sungai Tong iaitu Encik Reemli bin Awang Teh.