|
Tidak Terburu-buru Tentu Status PPSMI- Hishammuddin |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Jumaat, 09 Januari 2009 23:57 |
|
2009-01-09
PUTRAJAYA 8 Jan. - Kementerian Pelajaran tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung status Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu dibuat kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, matlamat pihaknya adalah untuk melaksanakan apa yang terbaik bagi masa depan generasi muda dan negara.
''Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan atau tuntutan berhubung status PPSMI itu kerana kami tidak mewakili kepentingan sesuatu kelompok atau perjuangan tertentu sahaja.''Lagipun, apa yang nak gopoh sangat kerana apa jua keputusan kita, ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
|
|
LAST_UPDATED2 |
|
Selanjutnya...
|
|
Masalah Buku Teks Kurang Akan Diatasi |
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Jumaat, 09 Januari 2009 23:35 |
|
Berita Harian 06 Januari 2009
Oleh Mohamed Farid Noh
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menyelesaikan masalah kekurangan buku teks atau kelengkapan sekolah, termasuk perabot selewat-lewatnya minggu depan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.Beliau berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan segera selewat-lewatnya minggu depan sebaik menerima laporan penuh daripada kira-kira 1,000 Jemaah Nazir Sekolah (JNS), yang menjalankan pemantauan di semua sekolah seluruh negara.
“JNS melakukan pemeriksaan dan pemantauan yang diberi nama Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) di lebih 9,800 sekolah rendah dan menengah seluruh negara sejak kelmarin bagi mengenalpasti sebarang kekurangan atau masalah pada sesi persekolahan kali ini.“Kita menyenaraikan 30 perkara untuk diteliti nazir menerusi PPSAT yang berlangsung selama dua hari itu. Antara lainnya membabitkan kemudahan seperti kemudahan perabot serta buku teks di samping jadual waktu serta kedatangan pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau mengulas mengenai kelengkapan sekolah seperti perabot serta buku teks bagi menampung keperluan pelajar pada sesi persekolahan tahun ini.
|
|
LAST_UPDATED2 |
|
Selanjutnya...
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Isnin, 05 Januari 2009 10:24 |
|
KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) -- Ibarat kacang tidak lupakan kulit. Begitulah pendekatan yang dilakukan ExxonMobil Malaysia Incorporation (ExxonMobil) membalas budi kerajaan negeri Terengganu sejak ia memulakan operasi di negeri ini pada 1978.
Di sebalik memberi keutamaan kepada aktiviti perniagaan yang berasaskan eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas bagi tujuan pemasaran bahan petroleum di dunia, ExxonMobil tidak pernah melupakan sumbangan sosialnya bagi memajukan bidang pendidikan di Terengganu.
ExxonMobil sentiasa memandang ke hadapan supaya setiap sumbangannya kepada pendidikan menjadi satu pelaburan kepada pembangunan generasi muda di Terengganu selama ini.
"Dengan mempunyai pendidikan yang baik, mereka pasti akan berupaya meningkatkan kualiti hidup dan membantu dalam pembangunan ekonomi dan sosial negeri ini kelak", kata Pengurus Teknikal Eksplorasi dan Pengeluaran ExxonMobil Malaysia, Wayne B.Warwick ketika berucap pada program tahunan "A Moment In English" yang ditaja syarikat itu, baru-baru ini.
|
|
LAST_UPDATED2 |
|
Selanjutnya...
|
|
<< Mulai < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berikutnya > Akhir >>
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |