Masa Itu Emas

Ulti Clocks content

LAIN-LAIN

Ranking

Chat

Blog Panitia

Akhbar Tempatan

Sekolah bestari

Tahniah dan Syabas!!!

Sekolah bestari Sekolah bestari

MBMMBI

Ke arah pendidikan terbilang

MBMMBI MBMMBI

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Nelayan Resort Rhu Sepuluh

Kem Kecemerlangan UPSR 2010 Kem Kecemerlangan UPSR 2010
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Anuar   
Ahad, 05 Julai 2009 10:49

perjumpaan1

Puan Wan Nasiah Wan Abd Majid ( kiri ) sedang menyampaikan ceramah motivasi.

 

2 Julai 2009 - Majlis Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 telah berjaya diadakan pada hari Khamis 2 Julai 2009 bertempat di makmal komputer. Semua ibubapa murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR telah hadir dalam majlis ini. Para pelajar dan ibubapa juga berpeluang mendengar ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Puan Wan Nasiah binti Wan Abdul Majid, Kaunselor dari Pejabat Pelajaran daerah Setiu.

 

LAST_UPDATED2
Selanjutnya...
 
Latihan Dalam Perkhidmatan SOKESTO PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Anuar   
Ahad, 14 Jun 2009 20:46

kajian tindakan

Puan Fadilaton sedang memberi ceramah tentang Kajian Tindakan.

 

Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah berjaya mengadakan 2 kursus dalaman sepanjang cuti pertengahan tahun yang lepas. Kursus pertama yang diadakan ialah Kursus Kajian Tindakan yang diadakan pada 30 Mei 2009 (Sabtu) yang dikendalikan oleh Puan Fadilaton binti Md Top dari SK Sungai Tong dan Encik Kamaruzaman dari SMK Guntong.

LAST_UPDATED2
Selanjutnya...
 
Guru SOKESTO Terima Anugerah Guru Inovatif PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Samarzuki   
Jumaat, 29 Mei 2009 10:33

inovatif

Cg Mohd Razifudin sedang menerima Anugerah daripada YAB Menteri Besar Terengganu

 

28 Mei 2009 – Dua orang guru SK Sungai Tong, Cg Anuar Bin Ishak (diwakili oleh Ustaz Nik Abdullah bin Muhammad) dan Cg Mohd Razifudin Bin Che Muda telah menerima anugerah Guru Inovatif Kumpulan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2009 yang diadakan di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato Ahmad Bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu itu telah dihadiri oleh wakil dari institusi pendidikan seluruh negeri Terengganu. Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga kejayaan ini akan memberi dorongan kepada warga SOKESTO seluruhnya untuk menzahirkan sepenuhnya potensi yang ada dalam satu paduan tenaga agar agenda pendidikan SOKESTO dapat direalisasikan. SYABAS!

 

LAST_UPDATED2
 
Sambutan Hari Guru 2009 PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 23 Mei 2009 22:03

Ucapan Tuan Guru Besar
17 Mei 2009- Tarikh keramat 16 Mei setiap tahun merupakan detik paling bermakna dalam hidup setiap insan yang bernama guru.Semua guru seluruh Malaysia diraikan sempena Hari Guru. SOKESTO telah meraikan hari guru pada 17 Mei iaitu pada hari Ahad kerana 16 Mei Jatuh pada hari Sabtu.
Majlis sambutan dimulai dengan perhimpunan khas hari guru dengan membacakan perutusan daripada Pengarah Pelajaran Terengganu, Dato' KPPM dan juga Menteri Pelajaran serta diikuti dengan nyanyian oleh guru-guru. Lagu yang dinyanyikan ialah Kami Guru Malaysia dan lagu tema Guru Pembina Negara Bangsa.Perhimpunan khas tersebut diakhiri dengan lafaz ikrar oleh semua guru.

LAST_UPDATED2
Selanjutnya...
 
Program Minggu Anti Dadah PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Syed Ahmad Marzuki   
Ahad, 03 Mei 2009 13:22

Rabu 29 April 2009 – Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah SK Sungai Tong telah mengadakan satu ceramah dan pameran pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah sempena Program Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah. Pihak AADK Cawangan Daerah Setiu telah memberi kerjasama dengan menyediakan bahan pameran serta menghantar empat orang pegawainya untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid. Program yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan program tahunan yang dirancang oleh jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar pada 26 April 2009. Beberapa aktiviti seperti tayangan video, kuiz anti dadah, deklamasi sajak, menulis rencana dan pertandingan melukis poster telah dirangka sepanjang program ini.

LAST_UPDATED2
Selanjutnya...
 
<< Mulai < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berikutnya > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL